Latar Belakang
Di dalam dekad 50-an dan 60-an, program perindustrian di
negara ini dijalankan sebagai usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang
pada masa itu amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga
kedua-dua komoditi ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program
perindustrian untuk mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan
stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada masa itu adalah tertumpu kepada
industri-industri yang bercorak gantian import.
Sejak tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan
ekonomi telah menitikberatkan pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk
menampung keperluan pekerjaan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini,
tumpuan telah diberikan kepada industri-industri yang berasaskan eksport dan
industri yang mengunakan ramai buruh.
Mulai tahun 80-an pula, program perindustrian negara
mengalami satu lagi perkembangan meneeusi penggalakan industri berat. Ini
bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian negara dan menambahkan
kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan secara
langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus
industri-industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung
perbelanjaan atau menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang
bukan sahaja melibatkan modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan
dalam tempoh masa yang panjang.
Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara
dalam tahun-tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak
masalah dan kelemahan masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan
sektor eksport adalah tidak begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor
dalam negeri. Eksport barang-barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung
kepada segelintir industri sahaja seperti elektrik dan elektronik dan tekstil.
Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu memuaskan dan tidak dapat
bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan tahap teknologi
yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk
mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu
masalah besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan
sektor-sekctor lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke
belakang (back-ward and forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan
juga kurang mempunyai nilai ditambah (value added) kerana banyak menumpukan
kepada aktiviti pemasangan sahaja. Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian
dikehendaki terus memainkan peranan utama dalam pembangunan negara, perlulah
diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang disokong dengan dasar dan
strategi pembangunan yang baru.
Selaras dengan hasrat untuk mengenalpasti
kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah melancarkan dua
kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM)
dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk menyemak dan
mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan mengkaji
semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP pula
bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam
mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk
tumbuh dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa
prinsip asas yang terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.
Rasional
Penggubalan dasar perindustrian negara melambangkan
keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses industrialisasi negara agar
sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi negara. Kemelesetan ekonomi
yang melanda negara pada tahun 1985-1986 telah menunjukkan kelemahan dalam
struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di mana semua harga
komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan memikirkan
strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi
kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah
ini dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih
dinamik lagi melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah
eksport, mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta
memperbanyakkan peluang-peluang latihan teknikal dan kemahiran.
Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat meletakkan
asas yang kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara perindustrian yang maju.
Jelas di negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan
(selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam
menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara
perindustrian dahulunya merupakan negara-negara pertanian yang mundur, tetapi
oleh kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh-sungguh,
hari ini mereka telah maju.
Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu
kegiatan ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat
mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan
institusi pengajian tinggi setiap tahun.
Objektif
Objektlf Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:
(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst
pertumbuhan
perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
perindustrian negara;
(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan
(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi
tempatan sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian
Strategi Pelaksanaan
Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, PIP telah
mengenalpasti 12 sektor industri yang patut diberi penekanan. Tujuh daripada
sektor-sektor ini adalah yang berasaskan sumber tempatan iaitu industri yang
berasaskan getah, kelapa sawit, kayu-kayan, makanan, kimia, logam bukan ferus
dan keluaran-keluaran galian bukan logam. Lima sektor lagi merupakan industri
yang bukan berasaskan sumber iaitu eletrik dan eletronik, peralatan
pengangkutan, mesin dan kejuruteraan, logam-logam ferus, dan tekstil dan
pakaian. Kesemua industri ini telah dipilih berasaskan kepada potensi untuk
mencapai matlamat memperluaskan asas industri negara. PIP juga telah
mencadangkan langkah-langkah berikut diambil supaya Malaysia dapat mencapai
taraf sebuah negara perindustrian:
(a) Melaksanakan dasar perindustrian yang
berpandangan ke luar. Untuk mengekalkan kadar pertumbuhan perindustrian
yang tinggi, Malaysia harus menumpukan kepada pengeksportan keluaran-keluaran
perkilangan secara besar-besaran. Masalah pasaran yang kecil telah menjadi satu
faktor penghalang bagi industri-industri tempatan mencapai produktiviti yang
lebih tinggi dan lebih kompetitif;
(b) Memajukan secara intensif industri-industri berasaskan sumber untuk eksport dan mempelbagai serta meningkatkan industri bukan berasaskan sumber untuk eksport. Dari 12 sektor industri yang terpilih, beberapa keluaran/industri telah dikenalpasti sebagai keluaran/industri keutamaan untuk dimajukan;
(c) Memajukan industri-industri berat terpilih untuk menyokong industri-industri eksport. Strategi ini dipilih memandangkan kerajaan sudahpun membuat pelaburan yang banyak dalam beberapa jenis industri berat. Usaha-usaha perlu ditumpukan kepada memastikan kejayaan projek-projek itu dahulu sebelum menceburi bidang-bidang industri berat yang lain;
(d) Memaju dan menggunakan sistem perkhidmatan maklumat yang
bersepadu;
(e) Membangunkan teknologi dan tenaga rakyat;
(f) Mengurangkan perbelanjaan dalam pembinaan infrastruktur dengan
memberi tumpuan kepada pertumbuhan industri-industri di kawasan yang telah sedia mempunyai kemudahan infrastruktur yang diperlukan. Penubuhan industri-industri diutamakan di sepanjang western corridor di pantai barat Semenanjung yang mempunyai hampir 75-80 peratus penduduk dan di mini corridor di pantai timur. Semenanjung, dengan tumpuan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan, dan di bandar-bandar di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Labuan, Kuching, Sibu dan Bintulu;
(g) Memoden dan menyusun semula struktur perindustrian dengan
mempertingkatkan pembangunan industri-industri kecil dan sederhana kerana sektor ini merupakan tulang belakang proses perindustrian seperti yang ternyata di negara Taiwan dan menyusun semula industri-industri yang kurang berkesan tetapi penting dalam ekonomi negara;
(h) Memperkukuhkan institusi-institusi yang bertanggungjawab kepada
pembangunan sektor pembuatan; dan
(i) Menyusun semula sistem galakan perindustrian yang sedia ada
untuk memupuk kecekapan dan daya bersaing yang lebih tinggi
Penutup
PIP merangkumi strategi-strategi dan langkah-langkah yang
boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah negara perindustrian dan seterusnya
menjadi teras kepada sebuah negara maju. Melaluinya, pertumbuhan ekonomi
Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam sektor eksport yang
berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh mana ini
akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang di
Malaysia mengekal, jika tidakpun meningkatkan lagi, daya saing di pasaran antarabansa
yang penuh cabaran itu.
0 silahkan komentar anda disini:
Posting Komentar